Kerajaan Terima Tawaran Beli Tanah Strategik Bangun Projek PPR

Diterbitkan: Isnin, 20 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Rahman
Abdul Rahman

SANDAKAN: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengambil pendekatan baharu dengan menerima tawaran pemilik tanah strategik bagi dibangunkan dengan projek Program Perumahan Rakyat (PPR).

Menterinya Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata langkah itu diambil berikutan tanah-tanah sesuai dan strategik yang disediakan kerajaan negeri adalah terhad.

Kerajaan mahu menyediakan perumahan di kawasan perbandaran yang dilengkapi kemudahan infrastruktur termasuk rekreasi, tadika, taman permainan dan surau, katanya pada majlis penyerahan Projek PPR Lintas Sibuga kepada kerajaan negeri Sabah Isnin.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menerima projek PPR itu yang merangkumi 500 unit rumah, yang kos sebanyak RM23.7 juta.

Abdul Rahman berkata projek Rancangan Malaysia Kesembilan itu adalah antara 27 projek PPR dilaksanakan di Sabah melibatkan 19,491 unit rumah dengan kos keseluruhan RM600 juta.

Beliau berkata kementerian komited membantu Sabah merealisasikan usaha menyediakan perumahan bagi golongan kurang berkemampuan, dan untuk itu, sebanyak 4,750 unit PPR akan dibina di Kota Belud dan Sandakan masing-masing 1,000 unit rumah, Kota Kinabalu, Kota Marudu, Tuaran dan Kudat (500), Lahad Datu (400) dan Tawau (350).

Dalam sidang berita selepas majlis itu, Abdul Rahman menyarankan kerajaan negeri lain mencontohi Sabah yang menyediakan tapak projek PPR di kawasan perbandaran.

Ia membabitkan pembinaan PPR Kepayan Ridge di Kota Kinabalu yang akan meringankan beban penghuninya tinggal berhampiran bandar dan dapat menikmati kemudahan infrastruktur.

Sementara itu, Musa berkata keperluan perumahan PPR masih belum mencukupi bagi menampung jumlah setinggan yang direkodkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Menurutnya dianggarkan 38,000 keluarga setinggan masih tinggal di kawasan tanah milik kerajaan negeri dan tanah milik swasta di seluruh Sabah.

"Walaupun jumlah keseluruhan PPR yang telah, sedang dan akan dibina di Sabah adalah sebanyak 23,126 unit sehingga akhir Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), namun ia masih tidak mencukupi," katanya.

Sehubungan itu, Musa berkata kerajaan negeri akan mengemukakan permohonan kepada kerajaan Persekutuan untuk menambah 10,000 unit lagi rumah PPR sebagai tambahan kepada PPR sedia ada yang akan dibina dalam RMK-10 kelak.

Beliau turut mengingatkan bakal penerima unit PPR supaya memanfaatkan sepenuhnya kemudahan itu dengan menjaga keselamatan, keceriaan dan kebersihan rumah demi memastikan keselesaan di samping mengeratkan semangat kejiranan, setiakawan dan permuafakatan sesama penduduk.

Katanya beliau dimaklumkan bahawa kesemua unit PPR di Lintas Sibuga itu akan disewakan kepada penduduk setinggan yang dikenal pasti di sekitar kawasan berkenaan.

"Usaha murni kerajaan menyediakan rumah PPR ini jelas membuktikan kesungguhan dan keprihatinan kerajaan BN untuk memberikan keselesaan kepada rakyat," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan