Isu Pukul Anak Di Sweden Diperbesarkan - Sumber

Diterbitkan: Isnin, 20 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azizul dan Shalwati sudah ditahan di Sweden selama sebulan.
Azizul dan Shalwati sudah ditahan di Sweden selama sebulan.

PETALING JAYA: Sumber rapat pasangan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa di Sweden kerana didakwa memukul anak mereka berkata, kes berkenaan hanya diperbesarkan.

Menurut anak perempuan sulung pasangan itu Aisyah , 14, adiknya hanya dipukul dengan perlahan di bahagian lengan dan bukan diberi pukulan yang kuat.

"Bila ada apa-apa, dia akan marah dan berleter daripada memukul," kata sumber itu kepada The Star.

Pada 18 Disember lalu, Azizul Raheem Awalludin, seorang pegawai Tourism Malaysia di Stockholm dan Shalwati Norshal, guru yang bercuti tanpa gaji ditahan kerana mendisiplinkan anak mereka.

Pasangan itu ditahan untuk membantu siasatan kerana didakwa memukul tangan seorang daripada anak mereka yang tidak bersolat.

Berikutan itu, keempat-empat beradik berusia 7, 11, 12, dan 14 tahun kini ditempatkan bersama keluarga angkat bukan beragama Islam yang disediakan pihak khidmat sosial Sweden sejak ibu bapa mereka ditahan.

Tambah sumber itu lagi, keempat-empat adik-beradik itu mempunyai personaliti yang baik.

"Saya gembira mereka berada disekitar rumah saya apabila mereka kembali untuk bercuti. Kes ini telah diperbesarkan, " katanya.

Selain itu beliau menyifatkan Azizul dan Shalwati sebagai 'pasangan yang sangat penyayang'.

"Sebagai sebuah keluarga, mereka suka berjenaka dan berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain . Shalwati bukan orang yang kasar. Sebagai seorang guru, dia adalah tegas namun tetap penyayang.

"Saya berasa aneh apabila Azizul ditahan walaupun dia tidak ada ketika kejadian itu berlaku. Dia ada di pejabat, tetapi mengapa turut dipenjarakan?" soalnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan