Rakyat Buang 30,000 Tan Sampah Setiap Hari - Halimah Sadique

Diterbitkan: Ahad, 19 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penduduk di negara ini dianggar membuang sehingga 33,000 tan metrik sampah setiap hari, menjurus kepada RM1.2 bilion dibelanjakan untuk kerja pengutipan sampah tahun lepas.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohd Sadique berkata, angka itu pada asalnya menjadi jangkaan bagi 2020, namun ia berlaku tujuh tahun lebih awal.

Katanya, di bandar besar seperti Kuala Lumpur, purata jumlah sampah yang dibuang seorang individu ialah 1.25 kilogram (kg) sehari tahun lepas.

Bagi purata keseluruhan penduduk pula, 0.8kg sampah dihasilkan seorang individu sehari.

"Sekarang ini memang kritikal sebab setiap individu secara purata hanya boleh membuang sekitar 0.8kg sampah sahaja, tidak boleh lebih," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen 'Anti-Litter' Kenderaan di sini, Ahad.

Halimah berkata, jumlah sampah yang semakin meningkat akan memberi kesan kepada kos menguruskan sisa pepejal berikutan kawasan pelupusan sampah yang semakin terhad sedangkan sisa bahan buangan semakin banyak.

Beliau menarik perhatian bahawa amalan pengurusan sampah oleh penduduk juga rendah apabila hanya 10 peratus sampah dikitar semula.

"Pada 2020, kita menjangkakan sampah kitar semula akan meningkat kepada 22 peratus," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan tidak bercadang mengenakan sebarang denda atau penguatkuasaan lebih ketat seperti negara lain kepada individu yang membuang sampah merata-rata.

"Memberi kesedaran terhadap amalan betul dalam menguruskan sampah dan gaya hidup harian yang mengutamakan kebersihan adalah lebih penting," katanya.

Kempen kebersihan anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam itu diadakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 bertujuan mendidik pengguna jalan raya supaya tidak membuang sampah merata-rata dari kenderaan mereka.

Program secara berterusan itu akan diperluaskan ke negeri lain dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan