Pihak Berkuasa Sweden Diharap Beri Layanan Baik Kepada Pasangan M'sia - Nazri

Diterbitkan: Ahad, 19 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohamed Nazri (dua, kiri) mencuba alat muzik tradisional Sarawak 'Sape' semasa melawat gerai-gerai pameran sempena Forum Pelancongan Asean 2014 di Hotel Pullman di Kuching, Ahad. Turut kelihatan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Dr Ong Hong Peng (kiri). Foto BERNAMA

KUCHING: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berharap pihak berkuasa Sweden akan memberi layanan sepatutnya kepada kakitangan Tourism Malaysia dan isteri yang kini ditahan reman di Stockholm.

Beliau berkata, penahanan pasangan itu mungkin disebabkan 'konflik budaya' kerana setiap negara mempunyai cara dan undang-undang sendiri dalam mendidik anak masing-masing.

"Di Malaysia kalau kita tegur, rotan anak sikit-sikit itu biasa tapi bila di Sweden mereka ada undang-undang (berbeza).

"Jadi saya harap pihak berkuasa di Sweden 'lenient' (berlembut sedikit) kerana pasangan itu tidak ada niat untuk cederakan anak mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis anugerah Hotel Hijau Asean 2014 di sini yang diadakan sempena Forum Pelancongan Asean 2014.

Azizul Raheem Awalludin, seorang pegawai Tourism Malaysia di Stockholm dan Shalwati Norshal, guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan pada 18 Disember dan tahanan reman mereka dilanjutkan selama dua minggu lagi.

Pasangan itu ditahan untuk membantu siasatan kerana didakwa memukul tangan seorang daripada anak mereka yang tidak bersolat. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan