Anwar Dilarang Masuk Ke Jepun

Diterbitkan: Ahad, 19 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad dilarang memasuki Jepun dan beliau mengkritik layanan yang diberikan oleh para pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo.

Beliau menerusi kenyataan di blog miliknya berkata, "Saya membantah sekeras-kerasnya tindakan ini, tidak wajar kerajaan Jepun untuk tidak membenarkan saya masuk dan menafikan hak-hak sah saya bagi perjalanan secara bebas tanpa halangan.

"Ia memang mustahil untuk salah sebuah negara demokrasi yang terkemuka di dunia untuk mengambil tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di bawah alasan lemah itu dan membiarkan saya dengan gambaran bahawa terdapat sesuatu yang mungkin menyebabkan keadaan ini berlaku," kata Anwar di blognya yang merujuk kepada campur tangan pihak tertentu yang menyebabkan beliau tidak dibenarkan masuk ke negara itu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tiba di lapangan terbang pada pukul 6.46 pagi Ahad dari Kuala Lumpur tetapi telah dinafikan kemasukan oleh pegawai-pegawai imigresen.

Sebaliknya, beliau diberitahu untuk menaiki penerbangan pertama pulang atau berhadapan dengan tindakan pengusiran.

Anwar memberi kerjasama dan menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada pukul 10.45 pagi.

Ketua pembangkang itu diberikan penjelasan berhubung pengusirannya ekoran sabitannya sebelum ini pada 1999.

"Saya beritahu mereka ini tidak boleh jadi sebab yang diterima kerana saya pernah memasuki Tokyo tanpa halangan sebanyak tiga kali sebelum ini pada 2006, 2009, dan 2012.

"Saya memberitahu pihak berkuasa imigresen mesti terdapat campur tangan berhubung perkara inu dan membantah bahawa adalah tidak wajar bagi mereka untuk tidak membenarkan saya memasuki ke negara ini (Jepun) tanpa bona fide dan sebab yang sah," katanya.

Apabila didesak untuk diberitahu sebab lain, para pegawai menjelaskan bahawa tindakan itu diambil 'kerana laporan terkini', Anwar berkata, beliau menuntut penjelasan daripada Wisma Putra.

Anwar turut menambah bahawa pejabatnya lebih awal membuat pertanyaan dengan pihak Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur dan telah diberikan pelepasan.

Menurut kenyataan di blog Anwar, beliau pergi ke Tokyo selepas menerima jemputan peribadi oleh Yohei Sasakawa yang merupakan Pengerusi Yayasan Nippon bagi membentangkan kertas kerja mengenai Demokrat Islam.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan