Muhyiddin Turun Padang Tinjau Harga Barang di Empat Lokasi

Diterbitkan: Sabtu, 18 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat pasaraya pada program tinjauan ke premis perniagaan di Selayang pada Sabtu sambil ditemani Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat pasaraya pada program tinjauan ke premis perniagaan di Selayang pada Sabtu sambil ditemani Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini turun padang ke empat premis perniagaan bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung situasi harga barang keperluan harian rakyat.

Tinjauan bermula kira-kira 8.30 pagi Sabtu, melibatkan Pasar Raya NSK Selayang, Pasar Harian Selayang, Pasar Mini Snofa di Taman Greenwood dan sebuah restoran di Taman Sri Gombak.

Muhyiddin yang diiringi Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hasan Malek dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelihatan serius ketika mendapatkan penerangan daripada semua peniaga dan pemilik premis perniagaan tersebut.

Timbalan Perdana Menteri turut mengambil peluang untuk beramah mesra dengan pengunjung yang membeli barang di semua premis berkenaan bagi mendengar keluhan mereka mengenai kenaikan harga barangan semasa.

Muhyiddin meluangkan masa kira-kira 30 minit di setiap premis tersebut.

Pada sidang media kemudiannya, Muhyiddin berkata tinjauan itu dilakukan bagi mendapatkan gambaran lebih jelas situasi harga barang, terutama barang keperluan harian rakyat.

"Memang benar ada harga barangan yang naik, tapi saya juga diberitahu oleh pembeli ada harga barangan yang turun, ini memang fenomena sejak dulu (harga turun naik), bukan kerana lawatan saya," katanya.

Beliau juga memuji Pasar Raya borong NSK yang menjadi antara pembekal barangan pengguna dan menjual dengan harga berpatutan.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata kerajaan melalui KPDNKK akan memberi sijil pengiktirafan dan mempromosikan mana-mana premis perniagaan di seluruh negara yang menawarkan harga berpatutan secara stabil. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan