MB Jumpa Pengurusan PKNS Isnin Ini Bincang Status Azmin

Diterbitkan: Sabtu, 18 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Isnin ini, bagi membincangkan status Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai anggota Lembaga Pengarah perbadanan itu.

Beliau akan berbincang dengan pengurus besar dan setiausaha kerja PKNS bagi menyelesaikan perkara berkenaan.

"Kita tidak akan buat apa-apa (tindakan) atau keluarkan apa-apa (kenyataan) sehingga kita mengadakan pertemuan bersama Pengurus Besar dan Setiausaha Kerja PKNS...kita akan memanggil mereka pada Isnin ini (untuk membincangkan perkara tersebut)," kata Abdul Khalid kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog bersama peneroka di sini, Sabtu.

Pengguguran Azmin daripada perbadanan itu baru-baru ini, dilihat mencetuskan rasa tidak puas hati pemimpin PKR Selangor apabila setiausahanya Amirudin Shari menuntut penjelasan daripada Abdul Khalid mengenai perkara itu.

Susulan itu, Abdul Khalid menafikan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam pengguguran Azmin dan menjelaskan perkara itu dicadangkan oleh Pengurus Besar PKNS Othman Omar yang mahu menamatkan khidmat Azmin pada penghujung bulan ini.

Bagaimanapun kenyataan Menteri Besar itu disangkal oleh Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek.

Norita dalam satu kenyataannya Khamis lepas memaklumkan kuasa melantik Anggota Lembaga Pengarah adalah di tangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan Abdul Khalid dan bukan Pengurus Besar selaras dengan klausa 4(1) Enakmen Penubuhan PKNS.

Katanya pengguguran Azmin itu juga disahkan oleh MMKN pada Disember lalu.

PKNS adalah konglomerat milik kerajaan Selangor yang merupakan syarikat hartanah dan pelabur utama dalam perniagaan di Selangor.

Sementara itu, mengulas mengenai usul Azmin yang juga anggota Parlimen Gombak dan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa yang mahu beliau disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar, Abdul Khalid berkata beliau menyerahkan keputusan itu kepada rakyat dan parti. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan