Kabinet Terima Cadangan Penambahbaikan Hadapi Banjir - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 18 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najib ketika mempengerusikan Mesyuarat Kabinet
Najib ketika mempengerusikan Mesyuarat Kabinet

PEKAN: , Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kabinet telah menerima cadangan penambahbaikan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara bagi menghadapi banjir termasuk sistem amaran awal dan projek tebatan banjir.

Beliau berkata selaras dengan usaha itu, kerajaan akan meminta Jabatan Meteorologi Malaysia(JMM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menggunakan teknologi terkini dan canggih bagi memastikan sistem pengurusan banjir negara lebih cekap dan berkesan.

"Kerajaan juga akan mempertimbangkan cadangan membina tebatan banjir di kawasan banjir iaitu di Kemaman (Terengganu) yang melibatkan kos RM480 juta dan di Sungai Isap (Kuantan) sebanyak RM700 juta.

"Selain itu aset-aset tambahan seperti bot dan trak yang berkeupayaan tinggi untuk masuk ke kawasan banjir juga akan dipertimbangkan kerana ia melibatkan kos yang tinggi," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan kepada mangsa banjir dalam kawasan Parlimen Pekan Sabtu. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan