Bot Karam: 3 Disahkan Lemas, 8 Masih Hilang

Diterbitkan: Sabtu, 18 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Tiga wanita disahkan lemas selepas bot panjang membawa 27 orang yang dalam perjalanan dari Kampung Saei ke Kampung Tekajong, Pulau Bruit, Matu dalam Bahagian Mukah terbalik dipukul ombak tengah hari Sabtu.

Ketua Polis Daerah Matu/Daro, DSP Wagner Lisa Libut berkata ketiga-tiga mangsa berumur lingkungan 40 hingga 50 tahun.

"Setakat 5 petang ini lapan masih hilang iaitu lima lelaki dan tiga perempuan. Difahamkan semua mangsa yang hilang adalah dewasa," katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurutnya 16 penumpang berjaya diselamatkan dalam kejadian itu dan dihantar ke Hospital Daro untuk pemeriksaan lanjut.

"Semua penumpang bot berasal dari Kampung Tekajong, Pulau Bruit dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Saei. Menurut maklumat awal keadaan cuaca ketika kejadian adalah baik, namun bot panjang terbalik dipukul ombak besar," katanya.

Wagner berkata ketika ini operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan oleh pelbagai agensi seperti polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pasukan Sukarelawan Malaysia. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan