Pulapol Kini Diketuai Komandan Wanita

Diterbitkan: Jumaat, 17 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nahariah Hussein. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI / THE STAR
Nahariah Hussein. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI / THE STAR

KUALA LUMPUR: Buat julung kali, seorang pegawai kanan wanita dilantik sebagai Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak di sini.

Beliau ialah SAC Nahariah Hussein, 57, yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah D1 (Pentadbiran) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Beliau menggantikan SAC Zulkifli Mohamad yang kini menyandang jawatan Ketua Penolong Pengarah (Perkhidmatan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Pelantikan Nahariah sebagai Komandan Pulapol yang ke-42 disaksikan Timbalan Pengarah (1) Jabatan Logistik Bukit Aman, Datuk Zubaidah Md Ismail di majlis yang diadakan di Dewan Pengaman Pulapol.

Nahariah yang ditemui kemudiannya berterima kasih kepada pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk menerajui jawatan penting itu.

"Kepercayaan ini merupakan pengiktirafan kepada pegawai polis wanita kerana dapat bersama-sama seiring dengan pegawai lelaki untuk menjadi pegawai pemerintah," katanya.

Beliau yang menyertai PDRM selama 38 tahun melihat tanggungjawab yang amat mencabar untuk mengemudi Pulapol yang memerlukan tahap kepimpinan yang berkualiti dan berdedikasi serta berkebolehan untuk melahirkan pegawai polis berintegriti dan kompetan dalam penugasan di lapangan kelak.

PDRM kini mempunyai kira-kira 11,663 anggota dan pegawai wanita. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan