Pengurus Besar, Setiausaha PKNS Akan Dipanggil Perjelas Isu Azmin – MB

Diterbitkan: Jumaat, 17 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Khalid.
Abdul Khalid.

PETALING JAYA: Pengurus Besar dan setiausaha Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan dipanggil memberi keterangan bagi menperjelaskan tentang isu pelucutan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai ahli lembaga pengarah syarikat itu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri mengambil maklum kenyataan yang dibuat oleh Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis berhubung pengguguran Azmin selaku anggota lembaga pengarah PKNS.

“Kita berpandangan bahawa kenyataan beliau itu mencerminkan sikap pemimpin yang berjiwa besar. Dengan mengambil kira kedudukan dan status beliau, saya dan Exco merasakan perlu mempertimbangkan permintaan beliau sebelum membuat sebarang keputusan muktamad.

“Perlu ditegaskan saya dan barisan Exco terikat kepada Enakmen PKNS dan mempunyai tanggungjawab untuk memperbetulkan sebarang kecacatan atau kesilapan berkaitan dengan perkara ini.

“Sehubungan itu, pengurus besar dan setiausaha PKNS akan dipanggil untuk menerangkan mengapa keadaan sedemikian berlaku hingga melarat menjadi konflik,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Anwar dalam sidang media pada Khamis berkata, kedudukan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah PKNS dianggap masih sah.

Katanya lagi bahawa jawatan Azmin dilihat kekal kerana timbul beberapa masalah dalam proses membuat keputusan penyenaraian ahli lembaga pengarah PKNS bagi penggal baharu, menyebabkan keputusan yang diumumkan baru-baru ini dilihat tidak sah.

Abdul Khalid berkata, sebelum keputusan muktamad dibuat oleh Exco, kedudukan Ahli lembaga pengarah PKNS berkenaan kekal seperti yang diarahkan oleh pengurus besar syarikat itu untuk mengelakkan sebarang komplikasi perundangan.

“Oleh kerana perkara ini bukan isu terdesak yang melibatkan kepentingan orang ramai, Kerajaan Negeri meminta rakyat supaya bersabar dan tidak mempercayai sebarang spekulasi sehingga keputusan Exco dibuat,” katanya.

Menurut Anwar, peraturan menetapkan pelucutan jawatan dalam PKNS hanya boleh dibuat dengan kuasa menteri besar atas kelulusan majlis mesyuarat kerajaan negeri (MMKN) sahaja dan bukannya pengurus besar.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan