Liow Kata Ada Lagi Pelantikan Yang Belum Dibuat

Diterbitkan: Jumaat, 17 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Khamis menegaskan yang beliau masih belum selesai dengan soal pelantikan jawatan parti itu dalam usaha untuk menyatupadukan ahli dan memperkukuhkan parti.

Beliau berkata, kepentingan dan fokusnya kini adalah bagi menyatupadukan ahli selepas MCA mengalami kekalahan besar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang menyaksikan penurunan bilangan kerusi wakil rakyat mereka.

"Saya yakin bahawa MCA dapat melangkah ke depan apabila kesemua ahli bersatu serta memberikan keutamaan terhadap masa depan parti.

"Sekarang tidak perlu lagi melihat ke belakang," katanya kepada The Star, Khamis.

Pada Khamis, Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meluahkan kekecewaan beliau terhadap perlantikan tujuh jawatan penting dalam parti yang didakwa tidak mengikut Pelan Pendamaian yang telah dimetrai sebelum ini termasuk bagi jawatan setiausaha agung MCA.

Liow yang memenangi jawatan presiden parti telah mengumumkan pelantikan jawatan-jawatan penting dalam parti pada 2 Januari baru-baru ini yang antara lain menyaksikan pelantikan Datuk Seri Ong Ka Chuan, yang merupakan bukan penyokong Dr Chua, sebagai setiausaha agung.

Dr Chua selain itu turut mendedahkan salinan perjanjian damai tersebut kepada para wartawan yang menghadiri sidang akhbarnya itu.

Tegasnya, perjanjian damai itu dibuat demi kebaikan dan masa depan parti.

Ketika pemilihan parti berlangsung pada 21 Disember tahun lalu, sebelas calon dari pasukan Dr Chua menang manakala 10 lagi dari pasukan Liow turut menang kerusi jawatankuasa pusat.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan