Lima Beradik Gembira Dapat Kad Pengenalan Dan Sijil Kelahiran

Diterbitkan: Jumaat, 17 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Lima beradik yang tidak mempunyai kad pengenalan dan sijil kelahiran gembira apabila mereka menerima dokumen pengenalan diri itu Jumaat.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah yang juga Anggota Parlimen Tangga Batu menyerahkan dokumen itu kepada Nurul Hidayah Muhammad Khairuddin, 16, Susmeeta, 14, Siti Fatimah, 10, Muhammad Muharam, 7, dan Siti Aisyah, 4.

Turut hadir Penyelia Bahagian Kelahiran dan Kematian Jabatan Pendaftaran Negara (Melaka) Md Yusof Hussin.

Nurul Hidayah, anak kedua daripada lapan beradik berkata sebelum ini mereka menghadapi pelbagai masalah termasuk sukar bersekolah disebabkan tiada dokumen pengenalan diri.

"Gembira sangat...sebelum ini sedih...semua orang tanya kenapa tak ada kad pengenalan," katanya kepada pemberita selepas penyerahan dokumen itu Kampung Paya Mengkuang 2, Bukit Rambai di sini.

Ibu mereka, Khatijah Syed Mohamed, 42, berkata kehidupan keluarganya yang sentiasa berpindah-randah menyebabkan enam daripada lapan anaknya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan menghadapi kesukaran untuk bersekolah.

"Kami sekeluarga selalu berpindah dari satu negeri ke satu negeri kerana menghadapi masalah kewangan dan anak yang dilahirkan tidak sempat didaftarkan mengikut prosedur," kata suri rumah itu.

Khatijah berkata anak mereka juga menghadapi kesukaran untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri disebabkan suaminya, Muhammad Khairuddin Abdullah, 54, yang merupakan seorang mualaf lewat mendapat surat pertukaran nama Islam.

Katanya dua lagi anaknya, Sarrah Bannu, 17, dan Abdul Razak, 9, memiliki dokumen pengenalan diri bagaimanapun seorang lagi anaknya, Muhammad Razi, 12, JPN negeri sedang mendapatkan pengesahan Hospital Taiping, Perak berhubung butiran kelahirannya.

Khatijah berkata keadaan keluarganya kini makin tidak terurus disebabkan suaminya tidak mampu bekerja kerana menghidap darah tinggi dan menghadapi masalah jantung dan akan melakukan pembedahan hujung bulan ini.

Sementara itu, Abu Bakar berkata JPN Melaka mengambil masa tiga minggu untuk memproses permohonan dua kad pengenalan dan tiga sijil kelahiran anak Khatijah.

Beliau berkata pada masa sama, pihaknya juga akan berbincang dengan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) untuk mendapatkan sebuah rumah bagi menempatkan keluarga itu yang kini berlindung di rumah tumpangan kenalan Khatijah sejak dua bulan.

"Selepas kita selesai mencari rumah bagi keluarga ini, kita akan usaha mendaftarkan anak-anaknya di sekolah berhampiran," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan