Laporan Dalam Talian BBC Tidak Pernah Disekat - SKMM

Diterbitkan: Jumaat, 17 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak pernah menghalang atau mengarahkan mana-mana pembekal perkhidmatan Internet supaya menyekat laporan dalam talian British Broadcasting Corporation (BBC).

Pengarah Kanan Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abdul Rahman berkata, berdasarkan penilaian awal suruhanjaya itu, laporan berkenaan boleh diakses pengguna Internet.

"Kami faham mungkin terdapat kesukaran sementara dalam mengakses laporan berkenaan namun ketika kenyataan ini dibuat, masalah itu sudah dapat diselesaikan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, SKMM belum menerima sebarang aduan rasmi daripada orang ramai berhubung kesukaran mengakses laporan berkenaan.

"Kami juga ingin menyangkal laporan media terdahulu yang salah memetik SKMM sebagai berkata 'various Malaysian service providers could have acted on their own accord'. Kesilapan laporan ini adalah satu perkara yang serius," katanya.

Sheikh Raffie juga berkata, persekitaran khidmat dalam talian Malaysia adalah bebas dan antara yang paling aktif serta kritikal di dunia.

Beliau berkata, SKMM dan kerajaan Malaysia komited bagi memastikan media dalam talian kekal bertenaga.

"Kami sentiasa menggalakkan pengaturan kendiri dan kebertanggungjawaban dalam kalangan pengguna Internet berbanding penguatkuasaan undang-undang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan