Kerajaan S'gor Harus Pertimbang Tidak Tutup Pusat GiatMara - Mohd Shafie

Diterbitkan: Jumaat, 17 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Kerajaan Selangor harus mempertimbangkan untuk tidak menutup mana-mana pusat GiatMara di negeri itu, termasuk di Selayang bagi memberi peluang kepada kepentingan generasi muda meneruskan pelajaran pada masa depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kerajaan Selangor tidak membelanjakan sebarang kos ke atas pusat latihan itu, sebaliknya Kerajaan Pusat mengeluarkan peruntukan untuk membina bangunan, membayar gaji serta elaun kepada kakitangan dan pelatih.

"Kita berharap kerajaan Selangor jangan tutup GiatMara Selayang dan lain-lain pusat, kerana ia dapat menampung keperluan masyarakat (generasi muda berkemahiran) di negara ini.

"Kita sedar, ini tanah hak mereka yang mempunyai kuasa menidakkan dan memutuskan sesuatu atas kepentingan masyarakat dan belia yang dahagakan pendidikan," katanya kepada pemberita di Dewan Masyarakat Semporna di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan persekolahan berupa wang tunai dan beg sekolah tajaan Yayasan Pelajaran Mara kepada 1,500 pelajar fakir miskin, peringkat daerah Semporna.

Mohd Shafie mengulas mengenai tindakan kerajaan Selangor yang akan mengkaji balik keputusan untuk menutup Pusat GiatMara Selayang yang beroperasi sejak 1994, sekiranya pihak pengurusan pusat latihan kemahiran itu mematuhi syarat memperbaiki kemudahan serta operasi sedia ada.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan berkata, perkara berkenaan adalah selaras dengan kehendak kerajaan negeri yang mahu pusat GiatMara yang didirikan di atas tanah seluas 11,396 kaki persegi milik kerajaan negeri itu, menyediakan latihan berkualiti kepada masyarakat setempat.

Mohd Shafie yang juga Naib Presiden Umno berkata, Majlis Amanah Rakyat (Mara) menerusi agensi di bawahnya, khususnya GiatMara dan Yayasan Pelajaran Mara menganjurkan pelbagai program dan inisiatif bagi melahirkan ramai tenaga pekerja berkemahiran pada masa depan.

Beliau menegaskan, kerajaan akan mengutamakan pendidikan kepada generasi muda terutama bagi mengelakkan anak-anak tercicir dalam pelajaran bermula dari peringkat sekolah rendah.

"Kerajaan akan memastikan golongan ibu bapa yang tiada keupayaan menghantar anak-anak untuk melanjutkan pelajaran dan mereka yang ingin kemahiran dapat ditempatkan di pusat GiatMara dalam pelbagai kemahiran terutama bidang elektrik, pembinaan rumah dan automatif," katanya.

Sehubungan itu, katanya kerjasama semua pihak amat dialu-alukan bagi melahirkan masyarakat terlatih selain membantu dan memberi sumbangan kepada golongan memerlukan terutama di luar bandar.

Yang turut hadir, Pengerusi GiatMara Datuk Jaujan Sambakong merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulabayan, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) Dato Sri Nasir Tun Sakaran yang juga Adun Senallang dan Pengarah Mara Sabah, Zulkarnain Zakaria.

Mohd Shafie yang juga Ketua Umno Semporna, kemudiannya menghadiri majlis perjumpaan tertutup bersama barisan kepimpinan baharu Umno bahagian itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan