Kerajaan Peruntuk RM10 Juta Untuk 2,000 Penerima ASB Sejahtera

Diterbitkan: Jumaat, 17 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Mohd Shafie
Mohd Shafie

TAWAU: Kerajaan memperuntukkan RM10 juta untuk diagihkan kepada 2,000 penerima Amanah Saham Bumiputera (ASB) Sejahtera yang layak di seluruh negara tahun ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak RM2.05 juta diperuntukkan kepada 410 penerima yang layak di seluruh Sabah.

"Pengagihan ASB Sejahtera itu adalah inisiatif kerajaan bagi membantu golongan sasaran untuk menghapuskan kadar kemiskinan tegar serta dapat memberi tambahan pendapatan kepada masyarakat luar bandar di seluruh negara.

"Melalui pemberian ASB Sejahtera itu saya berharap ia juga dapat menjadi inisiatif dalam menggalakkan golongan miskin dan miskin tegar di negara ini untuk melabur di dalam pasaran saham yang dijamin oleh kerajaan," katanya pada majlis penyerahan ASB Sejahtera kepada 260 penerima di Zon Tawau di sini, hari ini.

Menerusi program pelaburan itu, saham ASB Sejahtera sebanyak RM5,000 didaftarkan atas nama peserta tetapi saham itu adalah milik kerajaan dan peserta hanya menerima dividen tahunan daripada pelaburan itu.

"Pembayaran dividen akan dikreditkan terus ke dalam akaun ASB peserta setelah jumlah dividen diisytiharkan oleh pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) setiap tahun," kata Mohd Shafie.

Program ASB Sejahtera di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) mula dilaksanakan oleh Bahagian Kesejahteraan Rakyat (BKR) pada tahun 2004 dengan peruntukan sebanyak RM55 juta.

Program itu dibuat dengan kerjasama Amanah Raya Berhad (ARB) selaku pemegang amanah yang bertanggungjawab mengurus peruntukan program ini dan membuat perolehan saham ASB bagi setiap peserta yang diluluskan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan