Juruaudit Kerajaan Boleh Lapor Hal Tidak Telus Kepada Ketua Audit Negara

Diterbitkan: Jumaat, 17 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Paul Low Seng
Paul Low Seng

KUALA LUMPUR: Juruaudit kerajaan diberikan 'lampu hijau' untuk melaporkan tentang ketidaktelusan terus kepada Ketua Audit Negara di bawah pendekatan baru bagi membanteras rasuah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, juruaudit masih lagi berkhidmat secara terus di bawah ketua setiausaha kementerian masing-masing di setiap kementerian, tetapi mereka kini diberikan peluang untuk berhubung secara terus kepada Ketua Audit Negara bagi memastikan akauntabiliti.

"Lebih banyak pendekatan pembaikan segera boleh diambil dalam penemuan pengauditan daripada menunggu Ketua Audit Negara untuk melengkapkan laporannya sehingga satu atau dua tahun kemudian," kata Low.

Beliau berkata, langkah itu menyamai model korporat iaitu ketua audit dalaman tidak akan melaporkan kepada pengerusi atau ketua eksekutif, tetapi kepada pengarah bebas.

Low berkata, bagi memastikan ketelusan, juruaudit dalaman kerajaan kini boleh bertemu dengan menteri-menteri tanpa kehadiran penjawat awam yang lain.

Beliau berkata, kerajaan juga akan meningkatkan pengambilan pegawai integriti untuk setiap kementerian.

"Para pegawai ini sama ada dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau penjawat awam, yang dilatih semula atau ditugaskan semula untuk peranan baru bagi membanteras rasuah.

"Selain mereka berkhidmat di setiap kementerian, mereka perlu bersikap bebas. Jika tidak mereka hanya berada ditakuk lama dengan budaya dan struktur yang sama," kata Low.

Beliau berkata, kedudukan pegawai integriti itu membolehkan mereka membawa perkara yang tidak telus kepada menteri, SPRM, Kabinet malah Perdana Menteri sekiranya perlu.

Low berkata, juruaudit dalaman dan pegawai integriti merupakan sebahagian daripada rangka kerja pencegahan rasuah oleh kerajaan.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan