Tindakan Tegas Jika Majikan Gagal Bayar Gaji Minimum

Diterbitkan: Khamis, 16 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang masih gagal melaksanakan perintah gaji minimum 2012, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abdul Muttalib.

Katanya kerajaan telah memberi penangguhan pelaksanaan itu kepada majikan selama setahun bagi memberi mereka masa untuk menstruktur semula operasi.

"Sehingga akhir tahun lepas sebanyak 1,044 majikan memohon penangguhan gaji minimum terbabit supaya mereka dapat lihat balik struktur perniagaan mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu hari ini.

Menurut beliau, Jabatan Tenaga Kerja akan memantu dan mengambil tindakan terhadap majikan yang gagal mematuhi perintah gaji minimum swasta iaitu sebanyak RM900 sebulan di Semenanjung dan RM800 sebulan bagi Sabah dan Sarawak.

"Setakat dua minggu pertama tahun ini sahaja sebanyak tiga kes siasatan disediakan bagi tujuan pendakwaan terhadap majikan di Selangor yang didapati gagal mematuhi perintah gaji minimum itu," katanya.

Mengikut Seksyen 43 Akta Majlis Perundangan Gaji Negara 2011, mana-mana majikan yang disabit kesalahan dalam tindakan pendakwaan akan dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 ataua dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun.

"Adalah diingatkan kepada semua majikan supaya memastikan pelaksanaan gaji minimum dipatuhi bagi mengelak sebarang tindakan diambil memandangkan bermula 1 Jan gerakan penguatkuasaan akan diadakan secara intensif dan menyeluruh di seluruh Malaysia, "katanya. Katanya semakan semula kadar gaji minimum itu akan dilakukan oleh kerajaan pada 2015. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan