Tiga Lagi Sekolah Dalam Hospital Akan Dibuka - Noorainee

Diterbitkan: Khamis, 16 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiga lagi Sekolah Dalam Hospital (SDH) akan dibuka tahun ini iaitu di Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman berkata pembukaan itu akan menjadikan jumlah keseluruhan SDH ialah 13 buah.

"Setakat ini terdapat 10 buah SDH yang beroperasi di Semenanjung dan tahun ini kita berhasrat untuk memperluaskannya ke Sabah iaitu di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, Likas dan di Sarawak iaitu Hospital Umum Sarawak, Kuching.

"Selain itu sebuah lagi SDH akan dibuka di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban," katanya kepada pemberita selepas melawat SDH Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, Khamis.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Operasi), Datuk Sufaat Tumin, Pengarah PPUM Profesor Datuk Dr Ikram Shah Ismail dan Penyelia SDH PPUM Khairul Azman Jamaludin.

SDH yang merupakan hasil inisiatif Noorainee diwujudkan di hospital bertujuan menyediakan kemudahan persekolahan kepada pelajar yang menerima rawatan.

SDH sudah diwujudkan di Hospital Kuala Lumpur; Hospital Ampang, Selangor; Hospital Serdang, Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian; Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras; Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu; Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh; Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar; PPUM dan Hospital Selayang.

Noorainee yang juga Penaung Projek Hati Nurani berkata dalam tempoh Januari sehingga November tahun lalu, lapan SDH tidak termasuk PPUM dan Hospital Selayang, mencatat jumlah kehadiran pelajar berjumlah 19,240 dengan SDH Hospital Serdang merekodkan kedatangan paling tinggi iaitu 3,173 kehadiran.

Mengulas mengenai perkembangan SDH, beliau berkata ia dilihat memberangsangkan apabila kewujudan SDH menggembirakan ibu bapa dan pelajar.

"Mereka (ibu bapa) gembira kerana anak-anak walaupun terpaksa masuk hospital tetapi mereka dapat belajar dan bukan duduk sahaja dalam bilik.

"Bahkan saya juga diberitahu oleh guru bahawa sejak pukul 9 pagi sudah ramai pelajar berkumpul di dalam kelas biarpun sesi kelas sepatutnya bemula pukul 10 pagi," katanya.

Saidatul Aisyah Mohd Faisal, 10, murid Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, Bangsar yang sedang menerima rawatan di PPUM berkata dia merasa lega dan gembira kerana dapat belajar biarpun terpaksa dimasukkan ke hospital.

"Mula-mula kena masuk hospital rasa risau sebab akan banyak terlepas pelajaran. Tapi tak sangka ada SDH, memang bagus belajar di sini. Cikgu pun baik," katanya yang mempunyai masalah kebocoran injap jantung. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan