PKNS: Azmin Perlu Kekal, Penyingkiran Tidak Sah - Anwar

Diterbitkan: Khamis, 16 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

PETALING JAYA: Kedudukan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dianggap masih sah oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, jawatan Azmin dilihat kekal kerana timbul beberapa masalah dalam proses membuat keputusan penyenaraian ahli lembaga pengarah PKNS bagi penggal baharu, menyebabkan keputusan yang diumumkan baru-baru ini dilihat tidak sah.

"Ada kenyataan kata dia (Azmin) disingkir oleh pengurus besar PKNS yang mengikut peraturan dan undang-undang (sebenarnya) tidak boleh berlaku.

"Nasihat saya kepada menteri besar ialah kedudukan Azmin kekal kerana proses peraturan tidak dipatuhi dalam mengambil apa-apa keputusan dan tidak ada alasan munasabah untuk menggugurkan beliau," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Khamis.

Anwar berkata peraturan menetapkan pelucutan jawatan dalam PKNS hanya boleh dibuat dengan kuasa menteri besar atas kelulusan majlis mesyuarat kerajaan negeri (MMKN) sahaja.

Katanya, beliau telah melihat surat daripada PKNS yang menyatakan keputusan tidak melantik semula Azmin telah dibuat.

Tambahnya, beliau sebagai penasihat ekonomi juga tidak diberitahu tentang keputusan berkenaan.

"Berlaku sedikit kekeliruan dan kelemahan dari segi proses.

"Sekarang ia (keputusan) dipertikaikan," katanya.

Beliau turut mengulas mengenai keputusan pelucutan Azmin sebelum ini yang dikaitkan dengan tindakan Azmin menyerahkan kereta rasmi PKNS ketika Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubar.

"Saya anggap itu perkara telus dan harus digalakkan bila DUN dibubarkan dia serah kereta.

"Itu bagi saya satu tindakan yang positif," katanya.

Pada Rabu, PKNS berkata surat bertarikh 8 Januari telah diutuskan kepada Azmin bagi memaklumkan tempoh jawatan beliau ditamatkan selaras dengan keputusan MMKN Selangor pada 13 November 2013 dan disahkan oleh MMKN pada 4 Disember 2013.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa keputusan menggurkan Azmin dibuat oleh Pengurus Besar PKNS Othman Omar dan surat dikeluarkan oleh Othman selepas exco menerima keputusan itu.

Sementara itu, Azmin yang turut hadir pada sidang media sama enggan mengulas lanjut, tetapi berharap isu ini dapat diselesai cara baik.

"Penjelasan Datuk Seri Anwar sudah memadai dan jelas.

"Saya berharap ia dapat diselesaikan dengan cara baik," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan