Kes Tumbuk Kamalanathan: Pemuda Tak Boleh Pertahan Tindakan Agresif - Khairy

Diterbitkan: Khamis, 16 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khairy Jamaluddin.
Khairy Jamaluddin.

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno tidak boleh mempertahan tindakan seorang anggotanya menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan baru-baru ini, kata Ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, apa jua sebab atau tekanan yang dihadapi anggota berkenaan iaitu Penolong Setiausaha Pemuda Umno Hulu Selangor Muhammad Rizuan Suhaimi, tindakan agresif seperti itu tidak boleh diambil terhadap Kamalanathan atau sesiapa sahaja.

"Dia ada berjumpa dengan saya dan menjelaskan faktor-faktor berlakunya insiden itu. Saya terima penjelasan itu namun apapun sebabnya, kita tidak boleh bertindak secara fizikal," katanya kepada pemberita selepas meninjau harga di Pasar Borong Kuala Lumpur.

Khairy berkata, surat tunjuk sebab yang diminta Pengurusan Umno ialah bagi membolehkan Muhammad Rizuan menyatakan versi beliau berhubung insiden itu dan menyerahkan kepada proses disiplin parti untuk meneliti kes berkenaan.

Pada 12 Januari lepas, Kamalanathan ditumbuk seorang lelaki di pejabat wakil rakyat itu selepas satu program di kawasan Hulu Selangor. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan