Keangkuhan Kuasa Tidak Selesai Isu Agama, Kaum - Anwar

Diterbitkan: Khamis, 16 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu agama dan kaum tidak akan dapat diselesaikan dengan kesombongan dan keangkuhan kuasa.

Anwar berkata isu-isu kaum dan agama mengatasi rentas kaum dan parti, justeru ia perlu diselesaikan dengan berhemah dan menggunakan kebijaksanaan hikmah dakwah.

"Semua tindakan yang dikatakan melanggar undang-undang harus dileraikan cara berhemah dan tidak menunjukkan keangkuhan kuasa.

"Kita mesti faham tugas umat Islam bukan sahaja tegas mempertahankan akidah tetapi kebijaksanaan atau hikmah dakwah itu harus ada," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, Khamis.

Beliau berkata cara angkuh dan sombong hanya akan menimbulkan kesukaran dalam menarik minat dan hormat masyarakat bukan Islam terhadap Islam.

Katanya, sejarah penyebaran Islam telah menunjukkan kebijaksanaan dakwah di seluruh Kepulauan Melayu.

Dalam pada itu beliau turut mengulangi pendirian Pakatan Rakyat dalam isu kalimah Allah yang dibuat pada 2010.

Bagaimanapun katanya, Pakatan Rakyat sentiasa bersedia untuk dialog peringkat tertinggi dengan Barisan Nasional (BN) dalam isu agama, kaum dan ekonomi.

"Jangan biarkan pergelutan politik ini dipanaskan dan membebankan rakyat baik dari segi ekonomi, apatah lagi isu sensitif seperti kaum dan agama.

"Pendirian kita jelas, tapi kita tak menutup ruang untuk rundingan untuk memberi keyakinan supaya akidah dan kedudukan mereka tidak terjejas dan dalam masa sama mempertahankan hak agama dan hak semua agama untuk berasa selesa dengan agama mereka tanpa tekanan atau rasa bimbang," katanya.

Mengenai rampasan Bible yang dilakukan Jabatan Agama Islam (Jais), Anwar berkata persoalan utama yang timbul adalah cara rampasan dilakukan yang disifatkan tidak menghormati sensitiviti agama.

"Cara rampasan itu yang tidak boleh diterima.

"Saya juga tak mahu perkara seperti ini dilakukan kepada orang Islam," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan