Harga Makanan Di Kantin Sekolah Sentiasa Dipantau - Idris

Diterbitkan: Khamis, 16 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh meminta pegawai pendidikan daerah, pengetua dan guru besar supaya sentiasa memantau harga makanan dan minuman di kantin bagi memastikan tiada kenaikan harga.

Beliau berkata hasil beberapa lawatan mengejut, pemantauan berterusan serta makluman balas lain, pihaknya mendapati tiada kenaikan harga makanan di kantin sekolah.

Namun, pihaknya ada menerima maklumat mengenai kantin yang menaikkan harga makanan tetapi setelah ditegur guru besar atau pengetua sekolah berkenaan, pengusaha kantin menurunkan kembali harga makanan.

Katanya kerajaan akur dengan kenaikan harga beberapa barangan ketika ini tetapi pengusaha kantin tidak sepatutnya menaikkan harga makanan sewenang-wenangnya.

"Hari ini, dalam lawatan mengejut saya ke kantin sekolah ini, kami dapati harga makanan di kantin ini kekal seperti sebelumnya...tiada kenaikan," katanya kepada pemberita selepas meninjau kantin Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 di sini.

Idris berkata lawatan itu sebahagian daripada program turun padang selaras dengan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya semua menteri kabinet memantau isu-isu berkaitan kenaikan harga barangan.

Program itu dapat memberi input penting kepada pihak kementerian dalam merancangkan pelbagai usaha untuk meringankan beban yang ditanggung rakyat dalam menghadapi isu kenaikan harga barangan, katanya.

Beliau berkata sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, peka dan prihatin dengan cabaran dihadapi rakyat, ia sentiasa memantau harga barangan bagi memastikan rakyat tidak dibebani dengan masalah itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan