Empat Lokasi Akhir Bas Henti-Henti Diubah Mulai Sabtu - SPAD

Diterbitkan: Khamis, 16 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mulai Sabtu ini, empat lokasi akhir bagi perkhidmatan bas henti-henti diubah buat sementara waktu ke Hentian Akhir Bandar di Jalan Munshi Abdullah.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), lokasi terbabit ialah hentian akhir di Jalan Hang Kasturi, Lebuh Pudu, Jalan Petaling (Bangkok Bank) dan Medan Pasar.

Perubahan itu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas serta menjaga keselamatan penumpang di sekitar kawasan pembinaan 'Heritage Trail'.

Kenyataan itu juga memaklumkan Hentian Akhir Bandar di Jalan Munshi Abdullah ditempatkan secara berpusat bagi perkhidmatan bas henti-henti laluan jarak jauh koridor Jalan Ipoh dan Jalan Pahang.

Bagi perkhidmatan laluan jarak dekat, bas hanya dibenar mengambil serta menurunkan penumpang dan tidak boleh berhenti di hentian itu.

Untuk keterangan lanjut, sila layari laman sesawang SPAD di www.spad.gov.my. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan