Banjir Di Kelantan Pulih Sepenuhnya

Diterbitkan: Khamis, 16 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Keadaan banjir di Kelantan pulih sepenuhnya apabila lebih 500 penduduk di jajahan Pasir Mas pulang ke rumah sejak malam tadi.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, keadaan cuaca yang semakin baik menyebabkan keadaan banjir di penempatan mereka di Alor Pasir dan Bunut Susu telah pulih.

Sehingga pukul 8 malam tadi, hanya 571 mangsa masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjong, Alor Pasir.

Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang yang malam tadi melepasi paras bahaya kini surut ke paras amaran.

Lebih 2,000 penduduk dipindahkan di Kelantan berikutan banjir pusingan kedua sejak minggu lalu. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan