Tumbuk Timbalan Menteri Pendidikan, Muhammad Rizuan Diberi Surat Tunjuk Sebab

Diterbitkan: Rabu, 15 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

P. Kamalanathan ketika dirawat selepas ditumbuk oleh Muhammad Rizuan pada Isnin lalu.
P. Kamalanathan ketika dirawat selepas ditumbuk oleh Muhammad Rizuan pada Isnin lalu.

PETALING JAYA: Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor, Muhammad Rizuan Suhaimi diberikan surat tunjuk sebab oleh Ibu Pejabat Umno berikutan tindakanya menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan.

Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, surat tunjuk sebab itu merupakan tindakan awal daripada pihak parti sebelum tindakan lanjut diambil.

Menurutnya, Umno memandang serius terhadap tindakan Muhamamad Rizuan selain kesal dengan insiden yang tidak sewajarnya berlaku.

"Sehubungan itu Ibu Pejabat Umno akan mengambil tindakan terhadap beliau (Muhammad Rizuan) dan telah mengajukan surat tunjuk sebab yang perlu dijawab sebelum tindakan lanjut diambil.

"Umno juga menolak tindakan kekerasan dalam apa-apa penyelesaian masalah sebagaimana yang telah dilakukan oleh pihak terbabit terhadap Kamalanathan," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Beliau berkata, Umno tetap berpendirian teguh untuk menyelesaikan sebarang masalah melalui mesyuarat dan perbincangan tanpa melibatkan sebarang pertelingkahan atau kekasaran yang mengundang keadaan lebih buruk.

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan