Tanah Runtuh: Jalan Tamparuli-Kiulu Ditutup Kepada Semua Kenderaan

Diterbitkan: Rabu, 15 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Laluan Jalan Tamparuli-Kiulu ditutup kepada semua jenis kenderaan akibat kejadian tanah runtuh di Kilometer 7 dekat Kampung Rangalau Baru dekat Kiulu, Rabu. - fotoBERNAMA
Laluan Jalan Tamparuli-Kiulu ditutup kepada semua jenis kenderaan akibat kejadian tanah runtuh di Kilometer 7 dekat Kampung Rangalau Baru dekat Kiulu, Rabu. - fotoBERNAMA

KOTA KINABALU: Laluan Jalan Tamparuli-Kiulu ditutup kepada semua jenis kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh akibat mendapan jalan di kilometer 61, laluan itu, tengah malam Selasa.

Ketua Polis Tuaran DSP Abdul Fuad Abdul Malik berkata dalam kejadian pada pukul 12.05 pagi itu, jalan berkenaan terputus hubungan sejauh antara 40 dan 50 meter.

Katanya, kira-kira 45 buah kampung di sekitarnya terputus hubungan akibat kejadian mendapan di jalan berkenaan dan semua pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Lawamandou-Telipuk untuk ke destinasi masing-masing.

"Jalan ditutup kepada semua jenis kenderaan. Tiada mangsa atau kemalangan jiwa dalam kejadian ini," katanya ketika dihubungi, Rabu.

Beliau berkata, kerja membaik pulih jalan berkenaan mungkin mengambil sedikit masa dan kejadian dipercayai akibat hujan lebat tanpa henti sejak Selasa.

Abdul Fuad turut menasihatkan pengguna yang memilih laluan alternatif supaya lebih berhati-hati memandangkan jalan berkenaan tidak berturap dan hanya sesuai dilalui kenderaan pacuan empat roda. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan