Penahanan Noor Jan Ikut Kuasa Perundangan - Zahid

Diterbitkan: Rabu, 15 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penahanan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka' di Jasin, Melaka pada Selasa adalah berdasarkan undang-undang negeri dan Perlembangaan Persekutuan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

Berdasarkan Sejarah Melayu dan bahan kajian seperti Hikayat Hang Tuah, beliau berkata Sultan Melaka yang terakhir ialah Sultan Mahmud Shah (1488-1511) dan selepas itu tiada sultan di negeri itu.

Selain itu, beliau berkata apabila penubuhan Negeri-Negeri Selat yang terdiri daripada Melaka, Pulau Pinang dan Singapura, dari segi Perlembangaan Negeri dan Perlembangaan Persekutuan tidak ada mana-mana individu yang boleh mendakwa atau menuntut tahkta kesultananan di negeri-negeri tersebut.

"Dalam hal ini, polis mengambil tindakan adalah berdasarkan pada perundangan yang ada pada kerajaan negeri, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan juga Perlembangaan Persekutuan.

"Saya harap mana-mana individu dan kumpulan yang mahu menuntut tahkta Melaka harus melupakan hasrat itu. Lihat fakta, sejarah dan perundangan. Ini harus diakui sebagai hakikat dan kenyataan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Pasukan Bola Sepak PDRM di sini Selasa.

Raja Noor Jan Shah ditahan pada 10.50 pagi bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaan telah mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf. Sementara itu, Ahmad Zahid berkata pelajar asing yang mahu bekerja separuh masa di restoran makanan segera perlu memaklumkan kepada Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Imigresen.

"Sebagai amalan, mana-mana restoran makanan segera boleh mengambil pekerja separuh masa yang terdiri daripada pelajar-pelajar dalam negara dan kita tidak menghalang restoran berkenaan juga mengambil pelajar asing secara separuh masa," katanya.

Mengenai Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan yang mendakwa ditumbuk oleh seorang lelaki berhubung soal pertukaran guru, di pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Hulu Selangor di Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Ahmad Zahid menyifatkan ia perbuatan yang amat memalukan.

"Kamalanathan sebagai timbalan menteri pendidikan yang mewakili institusi pendidikan negara ini harus dihormati. Lagipun, soal pertukaran guru merupakan soal peraturan yang sedia ada di Kementerian Pendidikan.

"Kamalanathan telah membuat laporan polis dan kita akan mengambil tindakan pada individu yang melakukan perbuatan itu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan