Pegawai Khas Menteri Dibebas Tahanan Reman

Diterbitkan: Rabu, 15 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Dua individu termasuk seorang pegawai khas menteri yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan permintaan dan pemberian wang suapan berkaitan pemberian tender, dilepaskan dari tahanan reman pada Selasa.

Kedua-dua lelaki yang berusia 44 dan 48 tahun itu dilepaskan kira-kira 11 pagi selepas tempoh reman selama dua hari yang dilanjutkan Ahad lalu tamat.

Khamis lalu, pegawai khas itu dan seorang lagi ahli perniagaan berpangkat Datuk ditahan reman empat hari, manakala seorang wanita berjawatan setiausaha, berusia 33 tahun, ditahan reman tiga hari untuk kes sama.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Wanita itu dibebaskan pada Sabtu lalu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan