Langkah Tarik Balik Saman Bukti Umno Pengamal Demokrasi Sebenar

Diterbitkan: Rabu, 15 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Langkah Umno menarik balik saman fitnah terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali membuktikan parti terbesar orang Melayu itu sebagai pengamal demokrasi sebenar.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Razali Ibrahim berkata pemimpin berkenaan sepatutnya malu dengan sikap keterbukaan Umno yang bersedia memaafkan mereka walaupun tohmahan dan pembohongan yang dilemparkan ke atas Umno amat berat.

Razali yang juga Anggota Parlimen Muar menyifatkan walaupun perkara itu sudah selesai dari segi perundangan, namun Tian Chua sepatutnya meminta maaf kepada keluarga mangsa insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah kerana mereka menerima kesan daripada tohmahan itu.

"Kesalahan, penipuan dan keceluparan yang dilakukan Tian Chua masih belum selesai terutamanya bagi mangsa dan keluarga dalam insiden di Lahad Datu. Dia (Tian Chua) hanya minta maaf kepada Umno sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas penarikan balik saman Umno terhadap kedua-dua pemimpin pembangkang itu, selepas sambutan Maulidul Rasul peringkat daerah Muar, di sini, Selasa.

Katanya Mustafa pula perlu mengambil iktibar daripada perkara terbabit terutamanya sebagai pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

PAda Isnin, Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, menarik balik kenyataan fitnahnya yang mengaitkan Umno dengan kejadian pencerobohan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah, pada Februari tahun lepas.

Mustafa melalui peguamnya dan akhbar rasmi PAS, HarakahDaily pula turut menyatakan persetujuan menarik balik kenyataan fitnah terhadap Umno kerana didakwa mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah yang dikatakan mirip dirinya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan