J/kuasa Khas Kabinet Diharap Mampu Kekang Kenaikan Harga Barang - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Rabu, 15 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Maslan.
Ahmad Maslan.

KUALA LUMPUR: Penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet oleh kerajaan bagi menangani kenaikan kos sara hidup diharap mampu mengekang kenaikan harga barangan oleh peniaga, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

"Saya harap jawatankuasa khas segera membuat keputusan yang mengembirakan rakyat dalam masa terdekat ini, seperti menambah kawalan harga barang atau senarai barang kawalan harga," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran Konvensyen Sosioekonomi Banjar Sedunia di sini, Rabu.

Beliau berkata, jawatankuasa berkenaan juga perlu membuat keputusan tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barang terlalu tinggi melalui pelaksanaan undang-undang antipencatutan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin pada Rabu mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas Kabinet mengenai harga untuk meneliti kenaikan harga barangan yang berpunca daripada struktur pasaran, termasuk isu bekalan serta sistem pemasaran.

Kata Ahmad, penubuhan jawatankuasa khas berkenaan akan menyepadukan tindakan kementerian dan agensi kerajaan dalam menangani kenaikan kos sara hidup dan tidak hanya terletak di bahu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

"Peningkatan kos sara hidup ini bukan dituju kepada satu-satu kementerian, bukan hanya KPDNKK yang terlibat dalam kos sara hidup dan menguruskan kos sara hidup rakyat ini.

"Ia melibatkan pelbagai kementerian dan agensi termasuk Kementerian Kewangan," katanya.

Mengenai Konvensyen Sosioekonomi Banjar Sedunia itu, Ahmad berkata, sekurang-kurangnya 3,000 individu dan syarikat usahawan Melayu Banjar dari seluruh dunia dijangka menghadiri konvensyen berkenaan.

Katanya, konvensyen berkenaan akan membentangkan kertas kerja untuk mengukuhkan ekonomi masyarakat Banjar, yang antara lain, menekankan penyertaan dalam keusahawanan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan