Cukai Pintu: DBKL Terima 166,000 Bantahan Pemilik Hartanah

Diterbitkan: Rabu, 15 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 166,000 bantahan dikemukakan pemilik hartanah sekitar ibu kota berhubung cadangan kenaikan kadar cukai pintu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) setakat ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata bantahan itu diterima dalam pelbagai bentuk termasuk melalui surat, faks dan daripada anggota Parlimen berkenaan.

Daripada jumlah itu, ada juga bantahan berulang yang diterima daripada pemilik sama, katanya pada sidang media di sini, Rabu.

"Proses bantahan akan berterusan sehingga 31 Mac. Jika bantahan itu masih berterusan, DBKL akan memikirkan kewajaran untuk ia (tempoh) dilanjutkan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan cukai pintu itu dinaikkan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) setelah 21 tahun tiada kenaikan dibuat.

Susulan pengumuman kenaikan cukai itu yang sepatutnya berkuat kuasa 1 Januari lalu, pelbagai bantahan diterima dan DBKL bertindak menangguhkan kenaikan tersebut dengan memberi tempoh bantahan sehingga Mac ini.

Ahmad Phesal berkata panel yang meneliti bantahan itu dianggotai lapan individu mewakili Lembaga Penasihat DBKL, juruukur profesional, peguam dan penilai swasta.

Terdahulu, beliau mengumumkan Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz dilantik sebagai Ketua Pengarah DBKL yang baharu berkuat kuasa hari ini, menggantikan Datuk Salleh Yusup yang bersara wajib, Ahad lepas.

Mohd Amin Nordin, 59, dari Negeri Sembilan, sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sosio-Ekonomi) DBKL sejak 2011.

"Pelantikan ini satu cabaran dan amanah buat saya untuk terus meningkatkan kecemerlangan DBKL dan memastikan warga kota mendapat perkhidmatan lebih baik lagi," katanya.

Antara fokus ketua pengarah baharu itu ialah isu perumahan, penguatkuasaan, dan lalu lintas. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan