Sultan Kedah Perkenan Maktab Mahmud Jadi SABK - Mukhriz

Diterbitkan: Selasa, 14 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JERLUN: Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sudah memperkenan cadangan mendaftarkan Maktab Mahmud sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata sehubungan itu 10 daripada 12 Maktab Mahmud di seluruh negeri yang sebelum ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri akan didaftarkan sebagai SABK dan menerima bantuan daripada kerajaan pusat.

Katanya pendaftaran sebagai SABK adalah sesuatu yang dinantikan sekolah tersebut kerana dengan bantuan itu, ia dapat menambah baik prasarana dan juga menjaga kebajikan warga guru dan pelajar.

"Ini langsung tidak bermaksud kita (kerajaan negeri) akan hilang penguasaan terhadap sekolah ini sebaliknya akan tetap menguruskan setiap perkara berkaitan Maktab Mahmud khususnya 10 yang disebutkan tadi, cuma sebagai SABK sekolah ini dapat bantuan khususnya kewangan daripada kerajaan pusat melalui Kementerian Pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada program sambutan Maulidur Rasul Kemas Kubang Pasu yang dihadiri lebih 1,000 peserta di Alor Biak, dekat sini, Selasa.

Mukhriz berkata berkata dua lagi Maktab Mahmud iaitu di Alor Setar dan Yan yang tidak masuk dalam cadangan berkenaan akan terus dibiayai kerajaan negeri.

"Nama (Maktab Mahmud) juga akan dikekalkan, semua sama saja, cuma pembiayaan di bawah Kementerian Pendidikan. Kerajaan negeri memang mempunyai peruntukan untuk Maktab Mahmud, tapi apabila ada 12 sekolah, peruntukan itu terpaksa diagihkan," katanya.

Beliau berkata dengan pendaftaran Maktab Mahmud sebagai SABK, kerajaan negeri dapat menjimatkan belanja dalam jumlah yang besar namun tidak menyatakan jumlahnya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan