Pejabat Agama Segamat Siasat Penyebaran Fahaman Syiah

Diterbitkan: Selasa, 14 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Pejabat Agama Daerah Segamat sedang menjalankan siasatan rapi untuk mengesan pengikut Syiah yang didakwa giat menyebarkan fahaman berkenaan di daerah ini sejak beberapa bulan lepas.

Kadi Daerah Segamat Sulaiman Maidin berkata gerakan itu dilancarkan susulan aduan seorang wanita dari Rompin, Pahang, yang mendakwa dia pengikut fahaman itu daripada seorang penggerak di Segamat.

"Kita sedang menjalankan siasatan dan akan mengambil tindakan tegas untuk menghalang mereka daripada terus mempengaruhi umat Islam," katanya kepada pemberita selepas sambutan Maulidur Rasul peringkat Segamat, di sini, Selasa.

Beliau berkata Jabatan Agama Daerah Segamat dalam masa yang sama sudah mula menjelajah ke-62 masjid di seluruh daerah berkenaan bagi memberikan penerangan berhubung fahaman Syiah.

Terdahulu, dalam ceramahnya pada sambutan berkenaan, Sulaiman menerangkan antara ciri-ciri ajaran Syiah adalah mengkafirkan umat Islam yang tidak mahu mengikut fahaman mereka dan tidak beriman kepada 10 sahabat Nabi Muhammad S.A.W.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap golongan berkenaan yang mempunyai kepentingan peribadi dan nafsu semata-mata seperti menghalalkan nikah mutaah dengan bayaran mas kahwin RM2 sahaja. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan