VOA Hanya Untuk Pelawat Dari China Dan India

Diterbitkan: Isnin, 13 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT KAYU HITAM: Visa Waktu Ketibaan (VOA) hanya boleh diberikan kepada pelawat China dan India yang tiba di negara ini dari Singapura atau Thailand melalui lapangan terbang sahaja, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata kelulusan bersyarat itu dipersetujui Kabinet berkuat kuasa bulan ini bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 yang bermula 1 Januari lepas.

"Pelancong atau pelawat dari kedua-dua negara itu yang ingin memasuki negara ini melalui pintu masuk sempadan atau jalan darat tidak akan diberikan VOA," kata Wan Junadi kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau ditemui pemberita ketika melakukan lawatan kerja ke kawasan sempadan Malaysia/Thailand di sini dan mendengar taklimat agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Wan Junaidi berkata Jabatan Imigresen di lapangan terbang yang diberi kebenaran mengeluarkan VOA itu ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Terminal Penerbangan Tambang Murah Sepang, Bayan Lepas (Pulau Pinang), Senai (Johor Baharu), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah). - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan