Umat Islam Mesti Bersatu, Amal Ajaran Islam - Muhyiddin

Diterbitkan: Isnin, 13 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini mesti bersatu menguatkan barisan dan mengukuhkan keimanan dengan mengamalkan ajaran Islam sebenar untuk berdepan dengan pelbagai cabaran dalam mengekalkan kemuliaan Islam, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata umat Islam mestilah berusaha memiliki kekuatan iman dan takwa, ekonomi dan teknologi serta sosial dan politik untuk menjadi umat yang berjaya di dunia dan akhirat.

"Usaha itu tentunya bukan sesuatu yang mustahil kerana Rasullullah s.a.w sendiri berjaya membimbing masyarakat jahiliah sehingga menjadi umat yang terbaik," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin sempena sambutan Maulidur Rasul 1435/2014 esok.

Beliau berkata sejak kebelakangan ini timbul pelbagai kekeliruan mengenai Islam termasuk dalam hal-hal berkaitan akidah sehingga menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat Islam sendiri.

Timbalan perdana menteri berkata resepi terbaik untuk mengatasi kekeliruan itu adalah dengan menjadikan wahyu yang diturunkan Allah menerusi Rasul-Nya sebagai panduan kerana ia menepati kehendak zaman walaupun diturunkan berkurun yang lalu.

Selaras dengan tema sambutan tahun ini iaitu 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah', Muhyiddin mengajak masyarakat Islam di negara ini bermuhasabah melihat sejauh mana umat Islam berpegang kepada ajaran Islam.

Katanya sambutan Maulidur Rasul adalah satu daripada cara umat Islam menunjukkan sanjungan serta kasih sayang terhadap perjuangan dan pengorbanan Rasulullah s.a.w yang tidak pernah kenal erti penat, gentar jauh sekali dibelenggu rasa kecewa untuk mengembangkan Islam dalam keadaan serba kekurangan.

Pengorbanan Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya membawa sinar Islam ke seluruh pelusuk alam.

"Adakah kita telah menjadikan perjuangan Rasulullah s.a.w sebagai panduan hidup kita terutama dalam memelihara penyatuan ummah di negara ini dan juga dalam memastikan Islam menjadi agama yang dihormati?

"Jika kita sedar tanggungjawab kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w maka tentu sekali sambutan pada hari ini akan menjadi lebih bermakna," katanya.

Muhyiddin juga mengajak umat Islam di negara ini supaya melipat gandakan usaha menjadi umat yang terbaik dan adil dalam apa juga yang dilaksanakan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan