Sukarelawan Banjir Akan Diberi Latihan - Shahidan

Diterbitkan: Isnin, 13 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (duduk) membantu sukarelawan menggoreng telur ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Rantau Panjang di Pasir Mas, Isnin. -fotoBERNAMA
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (duduk) membantu sukarelawan menggoreng telur ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Rantau Panjang di Pasir Mas, Isnin. -fotoBERNAMA

PASIR MAS: Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan jabatan kerajaan berkaitan akan mengendali program latihan kepada pasukan sukarelawan, terutama di peringkat daerah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata latihan itu bertujuan memastikan keberkesanan program pertolongan dan bantuan yang dihulur oleh mereka.

"Tenaga sukarelawan diperlukan ketika banjir seperti membantu memindahkan penduduk yang terlibat dan menguruskan pusat pemindahan," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat situasi terkini banjir yang melanda jajahan Pasir Mas Isnin.

Beliau berkata sehubungan itu, penubuhan pasukan sukarelawan akan dibuat dengan lebih teratur, termasuk mendaftarkan mereka agar mudah diaturgerak apabila tenaga mereka diperlukan.

Katanya, penduduk di kawasan yang sering dilanda banjir juga boleh mengikuti latihan berkenaan.

Shahidan turut berpuas hati dengan operasi menyelamat dan bantuan kepada mangsa banjir gelombang kedua di sini, yang membabitkan 1,629 orang daripada 644 keluarga.

Beliau turut melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Rantau Panjang dan meninjau kawasan yang dilanda banjir di situ. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan