Selangor Akan Mulakan Projek Horas Bagi Bekalkan Air Kepada Pengguna

Diterbitkan: Isnin, 13 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Selangor akan memulakan projek 'Hybrid Off River Augmentation System' (Horas) bagi memastikan pengguna mendapat bekalan air bersih secukupnya, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata melalui projek itu, pengguna sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak akan bergantung kepada projek Loji Air Langat 2 (Langat 2) sebagai jaminan mereka akan mendapat bekalan air berterusan.

"Kerajaan negeri telah memulakan usaha bagi memastikan pengguna terus mendapat bekalan air sementara menunggu kerajaan Persekutuan menguatkuasakan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air bagi menyusun semula perkhidmatan di Selangor.

"Justeru, kerajaan negeri telah mengarahkan Pengawal Selia Air Selangor Datuk Mohamad Roslan Sakiman untuk memulakan projek itu dan majlis pecah tanah bagi pembinaannya akan diadakan dalam waktu terdekat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Abdul Khalid berkata projek itu membabitkan penakungan air hujan dari Sungai Selangor di kawasan bekas lombong di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Beliau berkata kerajaan negeri juga mengarahkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menyelaraskan pengeluaran lesen air mentah kepada syarikat milik penuh kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), selari dengan rancangan penyusunan semula industri air di negeri ini.

"Sehubungan itu, lesen air mentah yang telah diberikan sebelum ini kepada beberapa syarikat konsesi air, termasuk Puncak Niaga Holdings Berhad, akan ditamatkan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan