Parti Generasi Baru Sukar Raih Sokongan Rakyat – Zainal Kling

Diterbitkan: Isnin, 13 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Generasi Baru (NewGen Party) yang akan dilancarkan dengan mengutamakan latar belakang pendidikan di kalangan ahli bakal berhadapan dengan pelbagai rintangan dalam meraih sokongan rakyat.

Penganalisis Politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, parti seperti itu adalah bukan untuk semua golongan yang dilihat terhad dan terpilih dari segi keanggotaannya.

“Parti ini akan berusaha menyampaikan ideologi kepada masyarakat dan berusaha mencari sokongan ideologi itu.

“Cuma apabila sasarannya (keanggotaan) bukan menyeluruh, maka parti ini terpaksa bekerja lebih keras untuk meraih sokongan masyarakat berdasarkan penjelasan fikiran, fahaman dan ideologi mereka,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai bekas Setiausaha Biro Strategi dan Polisi Kebangsaan Parti Keadilan Rakyat (PKR), S. Gobi Krishnan yang dilaporkan pada Isnin sebagai berkata bahawa parti itu akan diketengahkan ‘standard baru dalam politik’ di mana latar belakang pendidikan di kalangan ahli menjadi keutamaan.

Parti Generasi Baru merupakan parti yang mensasarkan golongan muda, bersifat pelbagai kaum dan turut membuka peluang kepada golongan profesional muda tanpa sebarang pengalaman dalam arena politik.

Zainal berkata, parti tersebut adalah berdasarkan keupayaan intelektual anggota dan isu-isu yang diketengahkan mengenai masyarakat seperti rasuah dan perkauman.

“Walaupun isu-isunya berkaitan dengan masyakat namun parti akan menghadapi kesukaran sekiranya mengamalkan konsep sosialisme atau liberal demokrasi.

“Dengan banyak masalah yang ada, ini akan menyebabkan parti seperti ini sukar untuk bertahan dan mampan. Oleh itu, mereka perlu bekerja lebih keras untuk menanganinya,” katanya,

Gobi dilaporkan berkata, salah satu kriteria utama bagi keahlian biasa adalah pemohon harus mempunyai kelayakan pendidikan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sekurang-kurangnya diploma bagi ahli jawatankuasa dalam Majlis Tertinggi Generasi.

Beliau yang keluar dari PKR pada Januari 2013 berkata, kesemua ahli baru akan ditapis oleh Ahli Jawatankuasa Penilaian Akademik.

Gobi yang merupakan Setiausaha Agung parti itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti presiden tetapi ‘merupakan seorang yang amat dikenali tetapi tiada latar belakang politik’.

“Pengumuman mengenainya akan dibuat dalam tempoh tiga bulan selepas barisan kepimpinan baharu lengkap,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan