Parti Generasi Baru Bebas Ditubuh Tapi BN Masih Relevan - Sohaimi

Diterbitkan: Isnin, 13 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sohaimi Shahadan.
Sohaimi Shahadan.

PETALING JAYA: Penubuhan Parti Generasi Baru (NewGen Party) yang akan membentuk sebuah kabinet bayangan bukan menjadi halangan kerana sistem demokrasi di Malaysia memberi kebebasan mana-mana individu dalam membawa hala tuju politik masing-masing, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan.

Beliau bagaimanapun berkata, ia perlu mengikut polisi yang ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam melaksanakan tujuannya itu.

“Ia mungkin satu idea yang bernas tetapi tidak dapat dibuktikan sama ada dapat diterima oleh rakyat atau tidak. Kita masih melihat Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang menghimpunkan parti-parti komponen pelbagai kaum.

“Berdasarkan penerimaan rakyat hari ini, Umno dan BN masih lagi dilihat sebagai parti yang masih relevan sebagai parti pilihan rakyat,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai bekas Setiausaha Biro Strategi dan Polisi Kebangsaan Parti Keadilan Rakyat (PKR), S. Gobi Krishnan yang dilaporkan akan menubuhkan Parti Generasi Baru.

Selain akan membentuk kabinet bayangan, Gobi yang meninggalkan PKR pada Januari 2013 dipetik sebagai berkata bahawa parti yang mensasarkan golongan muda itu akan bersifat pelbagai kaum dan bekerjasama dengan BN dan Pakatan Rakyat.

Sohaimi berkata, berdasarkan pengalaman BN bersama parti-parti komponennya dalam memberikan khidmat kepada rakyat, ia diyakini terus menjadi pilihan rakyat.

“Terdapat parti-parti sebelum ini yang ditubuhkan atas tujuan yang hampir sama namun tidak dapat bertahan kerana terdapat kelemahan atau kekurangan dari segi penerimaan rakyat.

“Mungkin parti ini akan mengalami nasib yang sama. Apapun mereka bebas untuk menyumbang dalam politik asalkan ia mengikut prosedur dan terma-terma (penubuhan),” katanya.

Mengenai parti itu yang mungkin akan mengadakan kerjasama dengan BN, Sohami hanya berkata, “Perkara itu kita perlu bawa dahulu ke peringkat Majlis Tertinggi untuk diperbincangkan.”

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua pula berkata, sesiapa sahaja bebas untuk membentuk parti dengan pandangan masing-masing termasuk Parti Generasi Baru.

“Jika dia (Gobi) nak buat, dia ada kebebasan untuk itu. Semua orang pun bebas untuk buat tetapi terlalu jauh untuk diberi komen mengenainya,” katanya yang enggan mengulas lanjut apabila ditanya mengenai Gobi yang dilaporkan sebagai berkata bahawa formulasi kabinet bayangan itu tidak menjadi kenyataan ketika beliau masih berada dalam PKR kerana parti berkenaan mempunyai agenda yang berbeza.

Gobi bertindak sebagai Setiausaha Agung Parti Generasi Baru yang setakat ini mempunyai 200 ahli di seluruh negara.

Parti itu mensasarkan keahlian berusia dari 18 hingga 50 tahun dan turut membuka peluang kepada golongan profesional muda tanpa sebarang pengalaman dalam arena politik.

"Pengumuman mengenainya akan dibuat dalam tempoh tiga bulan selepas kepimpinan baharu lengkap," kata Gobi.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan