Mangsa Banjir Di Kelantan Terus Meningkat

Diterbitkan: Isnin, 13 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman (belakang) meninjau keadaan banjir berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di Kampung Renat, Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan pada Ahad.- fotoBERNAMA
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman (belakang) meninjau keadaan banjir berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di Kampung Renat, Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan pada Ahad.- fotoBERNAMA

KOTA BARU: Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di Kelantan terus meningkat pagi Isnin manakala keadaan di Pahang semakin pulih dengan hanya 57 orang masih berada di pusat-pusat pemindahan.

Bilangan mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,423 orang berbanding 1,188 malam tadi dengan seramai 1,224 daripada jumlah itu adalah di Rantau Panjang.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri sebanyak lapan pusat pemindahan dibuka di jajahan itu bagi menempatkan 532 keluarga yang terjejas dengan banjir gelombang kedua itu.

Selain Rantau Panjang, satu lagi daerah yang terlibat banjir ialah Tanah Merah dengan jumlah mereka yang dipindahkan ke lima pusat pemindahan ialah 199 orang daripada 54 keluarga.

Kesemua mereka kini ditempatkan di pusat pemindahan di Hulu Kusial, Jedok dan Bukit Panau.

Paras air Sungai Golok, Rantau Panjang dilapor bertahan pada paras 10.42 meter iaitu melepasi bahaya sembilan meter.

Keadaan itu menyebabkan zon bebas cukai Rantau Panjang yang terkenal kini digenangi air dan kenderaan ringan dinasihat tidak melaluinya buat masa ini.

Dua jalan alternatif iaitu Jalan Rantau Panjang ke Panglima Bayu untuk ke Jeli dan Jalan Tanah Merah ke Kusial ditutup kepada kenderaan ringan.

Cuaca di Kelantan pagi Isnin adalah cerah.

Di KUANTAN, bilangan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang pagi Isnin berkurangan kepada 57 orang berbanding 136 orang petang Ahad.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 9 pagi Isnin, seramai 50 orang daripada 13 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan di daerah Lipis.

Di Jerantut pula seramai tujuh orang daripada dua keluarga masih berada di pusat pemindahan di Balai Raya Kampung Paya Teh. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan