Kamalanathan Dakwa Diserang Seorang Ahli Umno Hulu Selangor

Diterbitkan: Isnin, 13 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

P.Kamalanathan.
P.Kamalanathan.

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan membuat laporan polis mendakwa beliau telah diserang oleh seorang ahli Umno semasa mesyuarat cawangan di Hulu Selangor pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Shukri Yaakob berkata Kamalanathan menghadiri mesyuarat dengan sekumpulan ahli Pemuda Umno Hulu Selangor apabila insiden tersebut berlaku kira-kira pukul 2.30 petang.

"Dia berbual dengan seorang ahli yang memegang jawatan tertinggi dalam cawangan Umno Hulu Selangor, berhubung permintaan untuk memindahkan anak lelakinya, yang juga seorang guru di Johor ke Hulu Selangor.

"Apabila beliau enggan, mereka bertengkar lalu suspek menumbuknya," kata Shukri.

Kamalanathan, yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor dan ahli jawatankuasa MIC pusat, mendakwa beliau telah diserang di leher dan mesyuarat terpaksa dibatalkan akibat kekecohan itu.

Beliau kemudiannya membuat laporan polis di balai polis Bukit Sentosa.

Shukri berkata kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan polis sedang mencari suspek.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan