Isu Kalimah Allah Di Selangor: Jangan Salahkan Kerajaan Persekutuan - Jamil Khir

Diterbitkan: Isnin, 13 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kanan) ketika menjawab pertanyaan media pada majlis perasmian Simposium Muamalah Islam Melaka di Masjid Al-Azim di Melaka, Isnin. Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron (tengah) dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr Asyraf Wajdi Dusuki (kiri). -fotoBERNAMA
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kanan) ketika menjawab pertanyaan media pada majlis perasmian Simposium Muamalah Islam Melaka di Masjid Al-Azim di Melaka, Isnin. Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron (tengah) dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr Asyraf Wajdi Dusuki (kiri). -fotoBERNAMA

MELAKA: Semua pihak diingat agar tidak menuding jari menyalahkan kerajaan Persekutuan berhubung isu penguatkuasaan larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di Selangor, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata segala penguatkuasaan serta tindakan berkaitan undang-undang syariah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, dan kerajaan Persekutuan tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan.

"Saya harap mereka yang cuba tuduh macam-macam kepada kerajaan (Persekutuan) mengenai isu kalimah Allah di Selangor, kena faham betul-betul... untuk tujuan ambil tindakan undang-undang syariah, peringkat negeri punya kuasa, seperti ajaran sesat atau syiah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Muamalah Islam di Masjid Al-Azim Isnin.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah serta Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Sehubungan itu, Jamil Khir meminta semua pihak menghentikan tohmahan yang mengatakan kerajaan Persekutuan cuba memainkan isu kalimah Allah di Selangor untuk kepentingan politik.

"Memperguna isu untuk salahkan orang lain bukan pegangan dan ajaran Islam sebenar, sebagai orang Islam, sepatutnya kita bersama bukan saling menyalahi antara satu sama lain," katanya sambil menambah umat Islam di negara ini, tanpa mengira fahaman politik, perlu bersatu menghadapi musuh yang mengancam kesucian Islam itu sendiri. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan