Beberapa Jalan Sekitar Bandar Raya Ditutup Sempena Thaipusam

Diterbitkan: Isnin, 13 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar bandar raya akan ditutup secara berperingkat mulai Rabu (15 Januari) berikutan perarakan berhala sempena perayaan Thaipusam Jumaat ini.

Pegawai Gerakan Trafik Kuala Lumpur Inspektor Mohd Irwan Abd Rahim berkata jalan-jalan dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan H.S.Lee ke Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves ditutup bermula pukul 10 malam hingga 4 pagi berikutan perarakan itu.

Perarakan akan bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman Jalan Tun H.S Lee melalui Jalan Sultan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Sogo, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tun Razak (pusingan U depan Bomba), Jalan Ipoh (Jalan Salleh), Jalan Kovil Hilir, Lorong Kovil Hulu, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh, Jalan Ipoh Batu 5 dan Batu Caves, katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Beliau berkata penutupan jalan untuk perarakan balik pada Sabtu pula bermula pukul 4 petang hingga 2 pagi.

"Ia bermula dari Kuil Sri Subramaniam Batu Caves, Jalan Ipoh Batu 5, Jalan Ipoh, Jalan Perhentian, Lorong Kovil Hulu, Jalan Kovil Hilir, Jalan Tun Razak, Jalan Ipoh, Jalan Raja Laut, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Leboh Ampang, Jalan Tun Perak, Jalan Sultan, Jalan Hang Kasturi, Jalan Hang Lekir dan Kuil Sri Maha Mariamman Jalan Tun H.S Lee," katanya.

Beliau berkata semua jalan itu akan dibuka semula kepada pengguna selepas kumpulan perarakan melaluinya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan