Penceramah GST Digerak Di Peringkat Parlimen Dalam Masa Terdekat - Ahmad Maslan - Berita Semasa | mStar

Penceramah GST Digerak Di Peringkat Parlimen Dalam Masa Terdekat - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Ahad, 12 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kerajaan akan menggerakkan kumpulan pencemarah cukai barang dan perkhidmatan (GST) di peringkat parlimen dalam masa terdekat bagi memperjelas secara terperinci pelaksanaannya kepada rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kumpulan yang dianggotai pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Kementerian Kewangan itu dijangka melaksanakan tugas berkenaan selepas tamat Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional peringkat negeri yang dilaksana secara berperingkat di seluruh negara pada 2 Februari depan.

"Penjelasan mengenai GST ini akan terus diperluas di peringkat parlimen dan dewan undangan negeri kerana kita tidak mahu isu ini dimomokkan pembangkang sehingga mengelirukan rakyat.

"Kita juga tidak mahu tertinggal untuk melaksanakan sistem GST ini kerana ia adalah sistem percukaian yang paling baik di dunia, yang mampu menambah dan meningkatkan ekonomi negara di masa depan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar itu, Ahad yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Beliau juga berkata penjelasan berbentuk ceramah akan diadakan di parlimen tertentu mengikut keperluan dan kumpulan sasaran. Bagaimanapun, pihak yang ingin mendapatkan penjelasan terperinci berhubung GST diminta menghubungi JKDM negeri masing-masing, katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan