Nahas Pesawat Cessna: Mangsa Akan Teruskan Cita-Cita Menjadi Juruterbang - Bapa

Diterbitkan: Ahad, 12 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Syed Zulkeflee
Syed Zulkeflee

SELAYANG: Mangsa nahas pesawat ringan Cessna 172 yang terselamat, Syed Haidir Syed Zulkflee akan meneruskan impian untuk menjadi seorang juruterbang komersial, menurut bapanya, Sabtu.

Syed Zulkeflee Syed Masron, 50, berkata anaknya berazam untuk terus mengikuti latihan dan kemalangan itu tidak sedikit pun mematahkan semangat beliau.

"Dia hanya perlu terbang 14 jam sahaja lagi sebelum mendapat lesen juruterbang peribadinya dan dia tidak sabar untuk kembali menjalani latihan," katanya.

Syed Zulkeflee menambah keluarganya menyokong keputusan anaknya dan gembira kejadian itu tidak menyebabkan beliau mengalami sebarang trauma.

"Jika seseorang itu ditakdirkan untuk mati, mereka boleh mati di mana sahaja.

"Tidak ada gunanya berputus asa dan melupakan impiannya dengan apa yang telah berlaku ini," katanya.

Menurut Syed Zulkeflee, anak hanya mengalami kecederaan ringan tetapi perlu tinggal di hospital selama beberapa hari untuk pemerhatian.

Syed Haidir adalah salah seorang daripada tiga mangsa nahas pesawat ringan berhampiran Empangan Batu di Ulu Yam pada Jumaat.

Mangsa-mangsa diselamatkan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat awal pagi Sabtu dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan