Kelantan Kembali Dilanda Banjir

Diterbitkan: Ahad, 12 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kelihatan penduduk terpaksa meredah air banjir. - fotoBERNAMA
Kelihatan penduduk terpaksa meredah air banjir. - fotoBERNAMA

JELI: Kelantan kini kembali dilanda banjir buat kali kedua untuk musim ini apabila seramai 897 orang dipindahkan membabitkan dua jajahan di negeri ini malam Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa Soleh Nasir berkata 832 orang daripada 180 buah keluarga dipindahkan di jajahan Jeli.

Ia membabitkan penduduk beberapa kampung di Ayer Lanas yang mula berpindah sejak tengah hari hingga malam ini berikutan limpahan air Sungai Golok, Jenob yang kini melepasi paras bahaya.

"Mereka dipindahkan ke Bangunan Umno Sungai Satan, Sekolah Kebangsaan Legeh, Masjid Kampung Gemang dan Sekolah Menengah Ayer Lanas," katanya kepada pemberita.

Turut dipindahkan ke pusat pemindahan sementara ialah 65 orang dari Kampung Lawang dan Batu Gajah di Tanah Merah.

Setakat 8 malam Sabtu, Sungai Golok, Jenob mencatat bacaan 24.77 meter, melepasi paras bahaya 23.5 meter manakala sungai-sungai utama yang lain masih berada pada paras amaran namun dilaporkan meningkat secara perlahan.

Tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku setakat ini.

Tinjauan pada Sabtu mendapati anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pasukan polis menyertai operasi memindahkan mangsa.

Seorang mangsa banjir yang ditemui di Sekolah Kebangsaan Legeh, Minah Rahmat, 56, berkata beliau sekeluarga berpindah petang tadi selepas rumahnya dinaiki air sejak pagi.

"Setiap tahun selalunya saya lima beranak akan berpindah akibat banjir dan sudah bersiap lebih awal lagi," katanya yang berpuas hati dengan keadaan di pusat pemindahan itu.

"Sini ada selimut dan makananpun bagus. Kami rasa selamat berada di sini. Cuma saya fikir sampai bila perlu berpindah randah setiap tahun," katanya.

Pada banjir pusingan pertama awal Disember lalu, hampir 3,000 mangsa banjir dipindahkan membabitkan enam jajahan di negeri ini tetapi bencana itu tidak melanda Jeli. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan