Sosma Memadai Tangani Tindakan Pelampau - Nancy

Diterbitkan: Sabtu, 11 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nancy Shukri.
Nancy Shukri.

KUALA LUMPUR: Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) adalah memadai untuk pihak berkuasa menangani sebarang tindakan yang mengancam keselamatan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata justeru, tiada keperluan untuk undang-undang baharu ataupun mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan pada 2012.

Beliau berkata, rakyat juga perlu memberi peluang untuk melihat Sosma berfungsi dan setakat ini pelaksanaan Sosma belum nampak kelemahannya lagi.

"Kalau terdapat kelemahan, kita akan tambah baik," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis makan tengah hari yang dihos oleh isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk isteri Perdana Menteri Turki, Emine Erdagon di Pusat Kraf di sini, Jumaat sempena lawatannya ke Malaysia.

Nancy berkata demikian apabila diminta mengulas cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya melaksanakan semula ISA untuk menangani tindakan puak pelampau di negara ini.

Dalam isu berlainan, Menteri itu berkata, sebanyak 16,394 individu bankrap telah diberi pelepasan oleh Jabatan Insolvensi tahun lepas.

Selain individu yang telah melangsaikan hutang mereka, pelepasan itu diberikan kepada individu bankrap yang membuat bayaran hutang secara konsisten setelah mendapat persetujuan dari pemiutang, katanya.

Nancy berkata, kempen kesedaran mengenai peranan Jabatan Insolvesi yang giat dijalankan juga membawa hasil positif.

Antaranya ia berjaya menggalak 9,938 individu untuk memfailkan Penyata Hal Ehwal dengan jabatan itu pada tahun 2013 berbanding 8,553 orang pada tahun 2012, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan