Perkhidmatan ERL Antara KLIA-Stesen Putrajaya/Cyberjaya Pulih

Diterbitkan: Sabtu, 11 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Express Rail Link (ERL) membabitkan tren KLIA Transit antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Stesen Putrajaya/Cyberjaya yang tergendala sejak pagi Sabtu kini pulih.

Timbalan Naib Presiden Pemasaran dan Pengurusan Pembangunan Perniagaan ERL Sdn Bhd, Sheila Shamsudin berkata perkhidmatan itu disambung semula pada pukul 3.20 petang.

Perkhidmatan itu beroperasi dengan kekerapan 20 minit, katanya.

Perkhidmatan ERL membabitkan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit dilapor tergendala sejak 10 pagi tadi susulan kegagalan sistem elektrik 'Overhead Catenary Line' antara Stesen KL Sentral dan Bandar Tasik Selatan.

Operasi dijangka pulih sepenuhnya pada 8 malam Sabtu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan