Pembangkang Dijangka Beri Lebih Banyak Tekanan Kepada Kerajaan - MP Serdang

Diterbitkan: Sabtu, 11 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ong Kian Ming
Ong Kian Ming

PETALING JAYA: Kos hidup yang tinggi kerana kenaikan tarif elektrik dan bahan api serta kenaikan tol yang dijangka akan berlaku akan memberikan pembangkang peluang untuk meningkatkan tekanan ke atas kerajaan, kata Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming.

"Pembangkang dijangka menganjurkan demonstrasi terhadap kenaikan harga dan perhimpunan yang dijadualkan pada 1 Mei oleh Pakatan Rakyat menjadi isyarat lebih banyak perkara akan dilakukan pada masa akan datang," kata wakil DAP.

Menyifatkan 2014 sebagai 'tahun politik- mencabar', ahli Parlimen penggal pertama ini berkata Barisan Nasional dan Pakatan akan terus menjadi musuh dengan meletakkan kepentingan yang tinggi menjelang pilihan raya umum ke-14.

"Keseimbangan kuasa yang hampir berlaku dalam PRU-13 bermakna Pakatan mempunyai lebih kuasa untuk mencabar BN dengan lebih ramai wakil di Parlimen berbanding pilihan raya sebelum ini," katanya.

"Salah satu perkara besar dan menjadi perhatian pihak pembangkang adalah persempadanan semula yang memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen - jika jumlah kerusi dinaikkan," kata Ong.

"Pakatan yang mempunyai suara dalam perkara itu, dilihat akan lebih banyak memperjuangkan isu ini di peringkat negeri dan nasional," katanya.

"Sesiapa pun tidak boleh menolak kemungkinan perhimpunan Bersih keempat jika persempadanan semula dilihat sebagai tidak adil," katanya.

Ong berkata isu kalimah Allah akan kekal penting, sekurang-kurangnya bagi tempoh separuh pertama tahun ini.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan